+Follow
Dashboard
Beautiful Life
Welcome to my blog.. Don't be rude here..! Don't 4get to leave ur footprint..
Credits..
Template by : Blog Skin
Edited by : Noratikah
Image by : we❤it


Status: ❤Cintaku Hanya PadaMu❤




Sunday, 22 April 2012
Aku rindu Rasulullah @ 04:16
0 talkative person(s)
                                               Bertebarruk dengan nabi menyentuh kulit nabi...

  Riwayat drpd Abdur Rahman Ibn Abu Laila drpd bapanya, beliau b'kata:"Adalah Usaid Ibn Hudair r.a merupakan seorg lelaki yg sering ketawa dan tampan. Ketika beliau berada dihadapan Rasulullah SAW, dia terus bercerita dgn sesuatu kaum dan membuatkan mereka tertawa. Melihat keadaannya, lantas Rasulullah SAW mencucuknya dgn jari lalu mengenai pusatnya. Maka Usaid r.a pun berkata: "Tuan telah menyakitiku."Baginda bersabda:"Balaslah".
  Kata Usaid:,"Wahai Rasulullah! Tuan memakai baju, sedangkan aku tidak."
 Maka Rasulullah SAW mengangkat bajunya. Tiba2 Usaid memeluk badan Baginda SAW dan mencium bahagian bawah perutnya sambil berkata: "Demi Allah wahai Rasulullah! Inilah yg aku inginkan selama ini."

  Ibnu Ishaq meriwayatkan drpd Hibban Ibn Wasi' drpd beberapa org sheikh dari kaumnya bahawa Rasulullah SAW meluruskan barisan para sahabatnya pd hari peperangan Badar. Pada tangan baginda terdapat sebatang kayu yg digunakn utk meluruskan barisan tentera.
  Lalu Rasulullah SAW menusuknya dgn kayu t'sebut seraya bersabda"Luruskan barisanmu, wahai Sawad!"
  Dia berkata"Wahai Rasulullah SAW Engkau telah menyakitiku! Bukankah Engkau diutuskn Allah utk membawa kebenaran dan menengakkan keadilan? Tetapi Engkau telah menyakitiku.
  Maka Rasulullah SAW membuka bajunya, lalu bersabda,"Balaslah!" Lalu Sawad memeluk Nabi SAW dan mencium perutnya.
  Rasulullah SAW bertanya."Apakah yg mendorong kamu melakukan begini wahai Sawad?"
  Dia menjawab:"Wahai Rasulullah! Telah tiba apa yg Engkau lihat (peperangan). Aku ingin saat2 terakhir dgnmu, kulitku menyentuh kulitmu.
  Maka RAsulullah SAW mendoakn kebaikan baginya. Ibn Kathir Bidayah wa Al-Nihayah, 4:217


Ya Allah sesungguhnya aku merindui kekasihMu Ya Rasulullah...
Aku merindui untuk bertemu dengan baginda...
Aku merindui untuk mendengar suara baginda...
Alangkah bersyukurnya aku andai dapat menatap wajah Rasulullah...
Ya Allah layakkah aku bertemu dengan insan yang cukup mulia ini...
Ya Allah Ya Allah Ya Allah
sesungguhnya aku cinta, sayang dan rindu kepadaMu dan kekasihMu Ya Rasulullah...
Izinkanlah aku untuk melihat wajahMu dan wajah Rasulullah...








❤ older posts /